Monday, March 7, 2016

Kelas Online dah Nak Tamat

7 Mac 2016

Pagi-pagi dah sampai ke kelas. Bangunpun awal juga. Selepas subuh terus bergegas kekereta. Lambat sikit terperangkap dalam kesesakan jalanrayalah jawabnya.

Dah tak macam dulu. Taman-taman perumahan dah bercambah kat Puchong ni umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Aduhai... malasnya nak drive kalau hari-hari macam ni. Menyampah betul. Nasib baik stesen LRT dekat dengan rumah. Touch n Go jer. Tapi kalau tak cukup duit dalam tu kenalah top up.

No comments:

Post a Comment