Sunday, January 8, 2017

Selamat Datang ke Blog Kami

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. Semoga kita dapat bersama-sama berkongsi ilmu melalui blog ini , bertukar-tukar pendapat dan dapat memperbaiki hubungan silaturrahim sesama kita.

Sesungguhnya kehidupan didunia ini cuma sementara dan akhirat jua tempat kita yang terakhir sama ada sebagai orang yang beruntung ataupun rugi. Percayalah bahawa kematian itu adalah pasti dan kita semakin menghampirinya walaupun tanpa menyedarinya. Bukankah kebanyakan daripada kita merasakan bahawa semakin bertambah umur kita, semakin pajang umur kita. Bukan itu yang sebenarnya kerana kita semakin menghampiri negara akhirat. 

Orang yang beruntung adalah mereka yang sentiasa mengingati KEMATIAN. Bersama-samalah kita berdoa agar kita semua adalah mereka yang terpilih untuk menjadi penghuni Jannah dan bukannya penghuni Jahannam.